Blogger Layouts

Saturday, February 25, 2012

Resepi Ikan Celup Tepung :)

Assalamualaikum..
haaa ni aku nk bg resepi cmna nk buat tepung ikan ni. rapoh orang utaqa kata orang kl kata rangup... aku suka. sbb kadang2 buat tepung jadi lembik pas ja kt ikan 2 xsedap. ni sedap. serius xmuhong. cari ikan lemak2 celup makan hangat2 cicah cili sos lak kn. perhhh. mkn gn nasi pun boleh kot kata jemu asyik makan ikan goreng buh kunyit ja. tukaq selera pulak kan. suami bertambah sayang. auw! hehe ok nah resepi.

Bahan-bahan :

Ikan kembong or ikan apa yg suka
1 cawan tepung beras
1 sk garam
1 sk kunyit
1 sk air kapur
1 biji telor
air secukupnya

Cara-cara :

1) campur suma bahan kat atas kecuali air gaul sebati sambil masukan air sedikit demi sedikit.
2) kacau agak sebati mcm kita buat tepung nk goreng pisang la kepekatan dia.
3) celup ikan masuk dlm minyak panas. greng sampai kekuningan. makannnnn

SELAMAT MENCUBA :)

Friday, February 17, 2012

Resepi Piza cikwany :)

Assalamualaikum,
okay ni nk bg resepi piza. bukan aku baqu buat mlm ni tp lama dah.. tp baqu nk boh sbb kwn aku Aryam Ramsey buat kalot konon2 nk buat. ang xbuat siap ayam! tp piza ni aku pon suka berkali2 dh buat senang n sedap. bg akula.. hampa try dulu pas2 habaq sedap ka dak ok nah resepi dia..

Bahan-bahan:

Doh
1) 2 cwn tepung gandum
2) 2 sk yis (aku guna hat jenama bunga raya)
3) 1/2 sk garam
4) 1 sk gula
5) 2 sb minyak
6) 1/2 cwn air suam

topping
1) 1 tin kecik tomato puri
2) 7 sudu besar sos cili
3) 1 biji bawang besar (potong dadu)
4) mozarella cheese (cari kat kedai kek ada. aku beli yg ketoi balik parut n taboq. ada jual yg ciap hancurkan dah nk mudah)
5) 5 cili besar (buang biji potong dadu. nk guna capsicum lagi sedap)
6) hotdog (suka hati nk byk mana)

Cara-cara :
Doh
1) masukan tepung,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk gaul rata. masukan air suam sikit demi sedikit uli sampai jadi doh.
2) perap doh selama 30minit. kemudian amek tudung periuk ka apa2 tin yg buleh masuk dlm oven. jgn guna loyang kek nnti doh naik ke atas tebai mcm roti.
2) sapu minyak sikit dkt atas bekas nk bubuh dok td. kemudian leperkan doh sehingga betoi2 nipis. sbb lau tebal xberapa best. tp terpulang la..
3)cucuk2 doh gn garpu semua tmpat.
Topping
1) campur tomato puri gan sos cili gaul sebati.
2) sapukan campuran tadi atas doh tadi. terpulang byk mana nk. kemudia tabur kan hotdog,bawang dan cili. akhir skli tabur cheese. lagi byk lagi sedap.
3) bakar piza dlm oven dgn suhu 190c selama 20minit. (usya2la agak2 masak). makannnn..

SELAMAT MENCUBA :)

Resepi kerepek bawang :)

Assalamualaikum..
helo kawan2.. hehe arini mood rajin aku mai. so aku mula la buat projek mencuba resepi. arini aku cuba buat repek bawang. sbb aku suka repek nih. buat dia mmg lama gk la mkn masa. tp bila dpt mkn hsil yg kita buat sndri rasa apa? rasa PUAS HATI :)
chek it out resepi mehhh

Bahan-bahan :

bahan pedas :
3 cwn tepung gandum
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
4 biji bawang putih*
7-8 biji bawang merah*
4 sb cili mesin/giling(nak pedas lebihkan)
2 sudu kecik udang kering (ditumbuk)
garam + ajinamoto secukup rasa
1/2 cwn air

bahan putih :
3 cwn tepung gandum
5-6 sb butter/majerin
garam + ajinamoto secukup rasa
air secukupnya

cara-cara :
-doh pedas
1) blenderkan bahan bertanda * hingga lumat sebati. tapis asingkan bhn2 blnder gn airnya ketepikan
2) dlm bekas yg lain masukan tepung,garam+ajinamoto,udang kering,cili mesin dan bawang yg diblnder tadi. kemudian gaul sebati sambil masukan air yg diasingkan tadi.
3) bentukan doh yg agak-agak boleh dicanaikan. bahagi tepung kepada 6 bulat2.

-doh putih
1) masukan tepung garam+ajinamoto,majerin dan air. jadikan doh.
2) bahagi tepung kepada 6 bulat2.

- 1) selesai membuat doh utk kedua2nya. canai tepung pedas. dan kemudian yg putih. gabungkan. canai kedua2 lapisan sehingga nipis. gulung. kemudian potong nipis2 dengan pisau yg tajam.
2) goreng hingga kekuningan. dan makan :)

SELAMAT MENCUBA :)

Sunday, February 12, 2012

Resepi Puding Trifle cikwany :)

Assalamualaikum,
Entry arini nak bg resepi laaa mcm besa. blog aku lani limpah ruah gn resepi ja. ok la pada aku carut hat bukan2 ada gk manfaat kt org lain. ilmu org kata kena kongsi pahala dpt share sama2. kann. ok jom tok resepi puding trifle yg aku baru ja buat taksat :)

Bahan-bahan :

1 tin susu cair (aku guna ideal)
4 sb tepung kastard
1 kotak london swiss role(aku guna perisa coklat)
1 kotak jelly kristal perisa strwbery (aku guna jnama nona)
1 sk esen vanilla
1 cwn air
1 bekas nata de coco (boleh juga guna fruit koktail. pas2 sejat nata de coco ni amek air dia)
2 sudu besar gula (kalau nak. aku xguna dh sbb xmau manis sgt)

Cara-cara :

Lapisan bawah sekali
1) potong kek swiss role 2 kecik2 letakan dalm bekas susun2.
2) basahkan kek gn air nata de coco tu sedikit2 sahaja

Lapisan ke2
1) susu cair + air dalam nata de coco + 1 cawan air + tepung kastard + esen vanilla + gula (kalau nak)
2) kacau atas api sederhana smpai PEKAT n LIKAT (lama gak la kena kcau. biar selama 1 minit bubuh atas lapisan kek td.
3) susun nata de coco terpulang byk mana mau atas lapisan kastard.

Lapisan atas
1) masak jelly ekot arahan belakang kotak dia. pas2 tuang jelly dalam bekas tadi.
2) masuk dalam peti ais selama 1jam atau 2jam. dan makan..... :)

SELAMAT MENCUBA :)




Wednesday, February 8, 2012

Resepi Muffin Pandan mudah :)

Assalamualaikum..
hye kawan2. arini cik wany nk bg resepi muffin pandan yg mudah ni. sbnaqnya resepi muffin ni sma gn kek oren sunquick 2. juz edit jaaa. ok xpa meh nk bg resepi ni meh.

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum *
1 sb baking powder *
4 helai daun pandan (blender gn stgah cwn air n tapis amek pati pandan dia*guna cwn sukat tepung tadi)
1 sk perasa pandan (xdak pon xpa)
2 sb susu tepung (aku mancuh gn 3sudu besar air masuk dalam pati santan tadi)
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula (aku guna setengah sahaja)

Cara-Cara:

1) ayak bahan tanda *
2) masuk minyak,telur,gula & pati pandan dlm blender (blender hat mak kita dok mesin cabai sgla tu).
3) blender ja semua smpai sebati.
4) masukan dalam mangkuk besaq bhn blender td. kemudian masukan tepung ckit demi ckit. gaul sebati.
5) masukan aduanan stgah muffin cup.
6) bakar dalam oven 180c selama 30 minit. tgok agak2 kuning amek garfu cucuk lau xmelekat masak laa...

SELAMAT MENCUBA :)