Blogger Layouts

Monday, January 28, 2013

Resepi Chocolate Cheese Cake :)

Assalamualaikum,
hi kawan2 blog.. okay mlm xmau tulis merapu pnjang2 sbb tujuan utama update nk bg resepi kek ni ja. kek ni aku buat utk bwk bekai p picnic dgn dia dgn diaaa haha. okay meh usya try buat xpa xssh.. kena rajin ckit ja. hehe jom!

Bahan-Bahan

Lapisan Kek Coklat (Bawah)
1 1/2 cwn tepung gandum* *= ayak
1 sk baking powder*
1/2 cwn serbuk koko (campur dengan 1/2 cwn air panas)
1/4 cwn susu cair (aku guna susu dutchlady kotak)
2 biji telor
125g butter
1 cwn gula (aku kurangkan xsuka manis)
1 sk esen vanilla

Lapisan Cheese (Atas)
250g cream cheese
1 biji telor
1/2 bekas plan yogurt (aku gna jenama dutchlady yg kecik tu amek stgh ja)
5-6 sb gula
1/4 cwn tepung gandum
20ml air

Cara-Cara :
Lapisan Kek Coklat
1. Putar gula dengan butter smpai kembang (warna putih).
2. Masukkan telor satu persatu. masukkan esen vanilla.
3. Masukkan bancuhan coklat putar sebati masukkan tepung selang seli dgn susu.
4. Panaskan oven 5min dgn suhu 170c. sapu butter pada loyang (byk ckit xpa. takot susah keluar nnti).
5. Simpan 2 sudu besar adunan utk buat corak ats cheese nnti. kemudian tuang adunan dalam loyang. masukkan dalam oven yg dh dipanaskan tadi. bakar selama 15-20 min. (kira sampai masak la. cucuk gn lidi bersih ja keluar masak la tu)

*sementara bakar kek coklat tu buat adunan cheese.

Lapisan Cheese
1. Putar cream cheese dgn gula smpai kembang ckit.
2. Masukan telor putar sebati. masukkan yogurt kemudian masukkan tepung dan akhir skli air.
3. Tuang adunan atas kek coklat tadi. kemudian buat la corak ats tu ekot kreativiti sndiri dan bakar selama 35-40min dgn suhu 160c. (sebenarnya ada yg guna kaedah waterbath. tapi aku malas bakar ja. Alhamdulillah jadi.)

SELAMAT MENCUBA :)



Tuesday, January 22, 2013

PENDAM-SHAHIR

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta