Blogger Layouts

Thursday, August 9, 2012

Bila yang berdegup berbicara.

Assalamualaikum,

sekali toleh aku terfikir.
aku pandang ke hadapan jalan dengan penuh berani. apa guna aku pandang yg belakang. baik aku pandang depan yang sedang dibina indah.
hahaha. manusia memang macam tu. susah nak bersyukur.
aku. aku? aku pun sama. lalai leka nyenyak sampai sendat tak endah.
buat apa nk pedulikan tusukan duri, tajamnya pisau, manisnya kata. sedangkan semua bermainkan kata dgn makna.
dunia sekarang ini? wujud ka manusia yg hatinya betul2 suci bagaikan cecair suci ditanah itu? mustahil.
aku tak pernah percaya. manusia didalam hati tetap ada segelumit rasa yang yang yang. tak perlu aku teruskan.
niat? ya memang perlu ada niat. niat yang baik atau buruk sahaja membezakan halanya ke kiri atau ke kanan.

manusia aneh. manusia aneh. manusia aneh.
jangan disalahkan siapa-siapa jika timbul lumut-lumut didalam hati. sedangkan diri tidak dibersihkan dgn kata-kata suci setiap hari. pedulikan kata orang. siapa mereka untuk menilai indah ciptaan ini?
betul memang betul tidak sangkal lagi. segalanya berlaku pantas. leka. asyik. manis. indah. lakaran demi lakaran dihasilkan diatas kain putih. kain putih? ya! kain putih. semua dibekalkan kain putih.
bagaimana hendak pulangkan nanti terpulang kepada kita. nak melukis lakaran indah atau cakar ayam?
enak aku berbicara. hentam sana-sini. jangan leka. jangan mudah rasa lega. kerana disekeliling sentiasa ada yang menilai. yg jelas dilihat atau yg tak dapat dilihat. gunakan rasa hati.
hati. berbalik pada hati. hati lebih mengerti.
bersihkan ia dengan zikrullah. insyaAllah.
'kun fa ya kun'
duduk. melutut. tadah. luahkan. sampaikan. berkasihlah. bermersalah. mengadulah. menangislah. meraunglah. merataplah.
ia mendengar luahan itu.
ya memang DIA pendengar yang baik. ikhlas. hati tersenyum lega selepas bertemu. berdua-duaan. meluahkan rasa. tersenyumlah kita selamanya jika dekat dengan DIA.

insyaAllah...

#wisma mbsa 2.06pm

0 comments: