Blogger Layouts

Sunday, October 27, 2013

lampu biru

bukan setahun sekali jadinya
bukan jugak sebulan sekali
kadang-kadang satu hari berkali-kali
-
-
-
aku suka bermain dengan kadang-kadang dan kalaulah
tapi yang aku pasti aku ja rasa ni
sebab kau tak pernah alami--

aku masih jejak kau berkali-kali kadang-kadang
dan kalaulah........
-
-
-
aku senyum sampai esok pagi
sukanya aku tak berhenti
kau ada yang aku cari
ciri-ciri menarik hati



: terima kasih kerana memulakan perbualan yang aku memang takkan mulakan aku melonjak sehingga ke awan ;)

Monday, October 21, 2013

putus-melda ahmad

aku duduk sendirian di kamar ku
menagis kesepian kerana mu
kau tinggalkan aku kau cari yang lain
tergamak mu merobek hati ku

aku duduk sendirian di kamar ku
menagis kesepian kerana mu
kau tinggalkan aku kau cari yang lain
tergamak mu merobek hati ku

tapi setelah kau pergi aku
mendapat lebih baik dari mu
dia hargai aku dia sayangi aku
lebih daripada mu

aku ingin kau tahu bertapa ku gembira
tidak lagi bersama mu
namun pastinya nanti kau akan sedari
yang kau perlu cinta ku
yang kau perlu cinta ku
yang kau perlu cinta ku

Thursday, October 17, 2013

PRO vs CON

kita hanya perlukan seseorang yang terima kita seadanya
bukan yang sebok nak kita jadi itu ini
kita hanya perlukan seseorang yang terima macam mana pon keadaan kita
bukan yang sebok nak kita jadi macam dia nak

kalau sebelum kau jadi milik dia dah banyak bunyi
lepas kau jadi milik dia sure dia akan lagi berbunyi-bunyi.
kalau sekarang dia nak kau hot ja depan mata dia
lepas kau jadi milik dia sure dia tak nak ke'hot'kan kau kurang or dia akan tinggal kau.

sebab tula cari dan terima manusia yang terima kau seadanya pendek burok gemok tak cantik bodo or anyhting.
kalau dari sekarang dia tak dapat terima kau asyik tegor nak itu ini maksudnya kau dah elok lupakan dia. serius okay!

elok dapat yang napak kau pendek dia sentiasa tinggikan kau.
elok dapat yang napak kau bodo dia buat kau rasa pandai.
elok dapat yang napak kau gemok dia buat kau kurus atau dia gemok sama-sama dengan kau.
elok dapat yang napak kau lemah dia bagi semangat dekat kau.
elok dapat yang napak kau sedih dia buat kau happy tak hingat.
elok dapat yang napak kau susah dia senangkan kau walau kadang-kadang dia tak senangkan sangat.
-
-
-
kalau kau dah dapat yang macam ni. jangan pernah sesekali lepaskan dia pergi seriusly.
sebab orang yang macam ni ja yang mampu senyum dan cakap kau cantik/hensem lepas tengok muka kau bangun tido.
sebab orang yang macam ni ja yang akan cakap kau lawa dari mula kenai sampai sekarang walaupun kau dah anak 4 masa tu.
-
-
-
serius aku cakap kau. dalam 100 orang nak cari 1 yang macam ni pon susah. mungkin dah lupus mengikut peredaran masa yang sibuk mengejar kesempurnaa dunia. dunia dunia oh dunia. sebab sampai sekarang aku rasa aku tak jumpa or nampak lagi manusia mcm tu. tapi kalau ada pas kat aku sama. haha!

# sebagai perempuan tak ada apa yang mampu mengembirakan kami selain dari mendapat seorang lelaki yang terima kami seadanya membahagiakan sentiasa susah senang setia bersama kami walau apa keadaan pon. bila dia dapat semua tu dari seorang lelaki tu. duit jatuh tangga ke berapa pon aku tak sure. kami akan pilih semua tu. :)

saat

Di saat kamu ingin melepaskan seseorang…
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya….
Di saat kamu mulai tidak mencintainya…
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya…
Di saat kamu mulai bosan dengannya…
Ingatlah selalu saat indah bersamanya…"

Sunday, July 28, 2013

AMIN..

Monday, July 15, 2013

sistem keliru

kadang-kadang bila tengok orang ramai tangkap peragut perompok hukum sendiri
pukul sampai hampir mati orang tu.

tapi kalau yg masuk balai polis pukul sikit utk dapatkan maklumat
mula laaaaaa...
dikatanya polis itu ini jahat tak berperikemanusiaan la..

ya aku makin keliru.
sebenarnya apa yang manusia mahukan?

aku tak salahkan mana-mana pihak.

--yang penting guna otak sebelum guna mulut.

Saturday, July 6, 2013

Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

Assalamualaikum,
Cotton soft japanese cheesecake seindah nama sesedap rasa. fuh... aku mula berminat gn kek ni bila kak mira (kak dkt umh sewa aku kt shalam) buat. tekstur dia yg lembut dan ringan buat kita xrasa tiba2 habeh sebesen. hahaha. okay okay jom tengok resepi.


Bahan-bahan :
100g creamcheese
100ml susu cair/freshmilk
70g butter
4 biji telor (asingkan kuning gn putih)
70g tepung gandum*
1/2 sk baking powder*
70g gula kastor
1/2 sk garam
cream of tartar (xletak pon xpa)
1sk esen vanilla
1 1/2 sb lemon jus (aku xletak. tapi aku rasa lau letak lagi sedap)
* = ayak

cara-cara :
1) dengan double boiler panaskan creamcheese, susu cair, butter sampai sebati. (aku xbuat double boil pon aku slumber panaskan gn api pling kecikkk)
2) biar sejuk sikit masukan tepung, kuning telor,lemon jus dan esen vanilla kacau sebati ketepikan.
3) putar telor putih, gula, garam, dan cream of tartar putar sampai kembang sampai jadi putih melepak lau terbalikan bekas xtumpah telor tu. (mcm pavlova punya meringue)
4) masukan bahan cream cheese tadi dalam meringue dgn kaedah kaup balik. sampai sebati.
5) gris loyang dengan butter pastu tabur tepung gandum sikit ratakan.
6) bakar dengan kaedah waterbath (buleh gugel camna) selama 1 jam. suhu 170c selama 20min. kemudian turunkan 150c selama 40min. (atau smpai masak tgok atas dia dh kuning)

SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, June 5, 2013

sedap--

sakit benci lagi sedap dari sakit suka.

--perlukah memberontak semasa VIVA--

Monday, May 27, 2013

manis manis

waktu bersama mu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama,
dan satu darinya ungkapan syahdu bahawa aku tak akan kehilangan mu,
susah payah kita semai benih cinta merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan.

sia-sia--------

Saturday, May 25, 2013

hargai.

cuba kau lihat diri mu dahulu sebelum kau nilai kurangnya diri ku,

apa salahnya hargai diri ku sebelum kau nilai siapa diri ku - armada

Thursday, May 23, 2013

rakus

sudah hilang nilai kemanusiaan bila kerakusan menjadi sakti.

dendam menjadi tongkat untuk berdiri.

dungu berada di bawah.

sedangkan yang megah terus melonjak ke puncak.

kasihan kasihan kasihan.

2013, may25. 532pm. resak-

Saturday, May 18, 2013

hilang satu nikmat.

aku tak salahkan waktu
mungkin salahkan hati
aku tak salahkan kau
mungkin rasa dah tak berbaki

sebak sakit marah teriak
mana mungkin aku lari
ekori aku sampai semak
atau mungkin jalan mati

kau berubah
tak kau sedari
aku berubah
mungkin aku kesali

meronta jiwa tesentak hati
jangan diikut katanya
sesalan mungkin menanti
terhenyak dengan bahagianya

mungkin susah utk melupakan
tapi yakin pasti upaya
biar hati ditindas dibiarkan
pasti ada kekuatan dalamnya

Friday, April 5, 2013

puak yg harus dipupuskan

gua bukan kaki bodek
gua xpandai bodek
so xpyh nk dibodek n membodek
p mampos gn bodek membodek bodek tu
cara gua USAHA bkn BODEK.

jgn ckp belakang kiri kanan
dtg dpn muka gua
gua diam tak bermakna gua setuju
gua diam tak bermakna gua tak setuju
jgn cipta hukum sendiri
guna otak yg dh diberi
berdiri atas kaki sendiri. terima kasih

Thursday, March 21, 2013

kertas.

aku tak tau sama ada aku mampu habiskan semua ini atau tak....
kerana sekeping kertas yang digulung. otak aku tersadung-sadung.
selamat malam dunia.

Saturday, February 9, 2013

Nasi Ayam Panggang Pemanggang Ajaib :)

Assalamualaikum..
hai hai selamat tahun baru cina kepada yang menyambut :) okay harini org pakat p kenduri. aku malas nk p so aku pon masak la nasi ayam sebab semalam buat bihun soto, pastu sup dia ada lebih aku rasa nasi ayam adalah yg pling simple n sedap mkn gn sup tu. last2 aku teringat pemanggang ajaib mak aku. apa g mencubala utk setia. hahaha. mencuba la guna pemanggang tu. b4 ni aku penah gak buat nasi ayam tapi ayam tu goreng kali ni panggang. pas2 aku rasa harini aku buat nsi ayam yang pling berjaya dan memuaskan. emmm dap dap. soooooo,oleh sbb aku mkin tua mkin lupa. aku kena catat resepi kt sni. masa depan lau aku nk buat g just rujuk sini. hehe. smbil2 tu uols boley la try... nsi ayam ni menepati selera tekak aku. haha. okay jom tgk resepi dia.

Bahan-bahan :

Nasi :

Beras agak2 banyak mana nak makan la (basuh beras mcm masak nsi biasa sejat letak tepi)
1 helai daun pandan
1 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
4 sudu besar butter/planta
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
garam

Sup (aku bg resepi sup bihun soto yg aku buat) :

Air rebusan ayam (terpulang nk byk mn sup)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 serai*
1 inci halia*
1 sudu kecil kunyit* *=blender halus
rempah sup adabi
1/2 kuib ayam
lada hitam (tumbuk terpulang nk byk mn)
garam
bawang goreng dan daun bawang tabur atas

Ayam :

Ayam terpulang banyak mana
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos cili
sedikit lada serbuk
garam secukup rasa

Cili :
7-8 biji cili hidup
2-3 cili padi
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
air 1 cawan
sedikit sajo garam

Cara-cara :

Nasi :
panaskan butter sehingga cair di dalam periuk nasi. tumis bawang putih,bawang kecil,daun pandan,kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga kekuningan. kemudian masukan beras yang dah dibasuh tadi gaul sebati. masukkan air mengikut sukatan beras dan masukkan garam secukup rasa . (aku masukkan sikit pewarna kuning bg nasi kuning ckit) kemudian masak nsi macam biasa.

Sup :
Tumis bahan blender smpai wangi. kemudian masukan rempah sup yang dh dimancuh terlebih dahulu. gaul sebati masukkan air rebusan ayam. masak biar mendidih masukkan kiub ayam dan lada. masukkan garam secukup rasa. bila dah masak tabur daun bawang dan bawang goreng.

Ayam :
Gaul dan perap ayam dengan semua bahan tu dalam setengah jam atau lebih terpulang. kemudian panggang laa. nak goreng pon boleh.

Cili :
masukkan semua bahan dalam blender. blend halus dan panaskan atas api sehingga mendidih atau sedikit pekat.

SELAMAT MENCUBA :)









Pergilah Sayang

Indah terasa bila cinta tercipta
Memadu kasih janji bersama
Bersama-sama melafaz kata cinta
Gurau senda dan tawa berdua

Tapi kini semuanya kenangan
Kau pergi tanpa pesan

Mana janjimu yang kau lafazkan dulu
Hidup dan, matimu bersamaku
Rela kau pergi walau hati disakiti
Biarkanlah aku sendiri

Airmata menjadi penawar
Akanku simpan semua jadi kenangan
oh... oh... oh...

Pergilah kasih, pergilah sayang
Tinggalkan aku (pergilah sayang)
Biarkan saja, kenangan berlalu
Antara kau dan aku
Pergilah sayang...

Airmata menjadi penawar
Akanku simpan semua jadi kenangan
oh... oh... oh...

Pergilah kasih, pergilah sayang
Tinggalkan aku (pergilah sayang)
Biarkan saja, kenangan berlalu
Antara kau dan aku
Pergilah sayang...

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-pergilah-sayang-ella-ft.html#ixzz2KKbcHFK2

Monday, January 28, 2013

Resepi Chocolate Cheese Cake :)

Assalamualaikum,
hi kawan2 blog.. okay mlm xmau tulis merapu pnjang2 sbb tujuan utama update nk bg resepi kek ni ja. kek ni aku buat utk bwk bekai p picnic dgn dia dgn diaaa haha. okay meh usya try buat xpa xssh.. kena rajin ckit ja. hehe jom!

Bahan-Bahan

Lapisan Kek Coklat (Bawah)
1 1/2 cwn tepung gandum* *= ayak
1 sk baking powder*
1/2 cwn serbuk koko (campur dengan 1/2 cwn air panas)
1/4 cwn susu cair (aku guna susu dutchlady kotak)
2 biji telor
125g butter
1 cwn gula (aku kurangkan xsuka manis)
1 sk esen vanilla

Lapisan Cheese (Atas)
250g cream cheese
1 biji telor
1/2 bekas plan yogurt (aku gna jenama dutchlady yg kecik tu amek stgh ja)
5-6 sb gula
1/4 cwn tepung gandum
20ml air

Cara-Cara :
Lapisan Kek Coklat
1. Putar gula dengan butter smpai kembang (warna putih).
2. Masukkan telor satu persatu. masukkan esen vanilla.
3. Masukkan bancuhan coklat putar sebati masukkan tepung selang seli dgn susu.
4. Panaskan oven 5min dgn suhu 170c. sapu butter pada loyang (byk ckit xpa. takot susah keluar nnti).
5. Simpan 2 sudu besar adunan utk buat corak ats cheese nnti. kemudian tuang adunan dalam loyang. masukkan dalam oven yg dh dipanaskan tadi. bakar selama 15-20 min. (kira sampai masak la. cucuk gn lidi bersih ja keluar masak la tu)

*sementara bakar kek coklat tu buat adunan cheese.

Lapisan Cheese
1. Putar cream cheese dgn gula smpai kembang ckit.
2. Masukan telor putar sebati. masukkan yogurt kemudian masukkan tepung dan akhir skli air.
3. Tuang adunan atas kek coklat tadi. kemudian buat la corak ats tu ekot kreativiti sndiri dan bakar selama 35-40min dgn suhu 160c. (sebenarnya ada yg guna kaedah waterbath. tapi aku malas bakar ja. Alhamdulillah jadi.)

SELAMAT MENCUBA :)



Tuesday, January 22, 2013

PENDAM-SHAHIR

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta