Blogger Layouts

Thursday, February 11, 2016

Nikmat.

Assalamualaikum,

Nikmat apa lagi yang engkau dustakan. 

Allahu, bahagianya dapat merasa nyawa lain dalam perut. Bila dia bergerak2 lapar. Bergerak2 time nak tidoq. Bergerak2 bila kita panggil atau sembang dgn dia. Bergerak2 bila en.suami bacakan surah2 dan usap2 perut ni. Ya Allah. Syukur ya amat diberi peluang merasa satu pengalaman indah dan tak ternilai tu. 

Letih penat sakit semua hilang bila tengok muka kecik yg innocent tu keluar. 38weeks 4days dalam perut pastu dia keluar dan membesar depan mata tu adalah satu yg aku xleh nk ucap dgn kata2. Hanya Allah yg tau. 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Bersyukur padamu ya Allah. Semoga anakku Nur Safiyya sentiasa dalam lindunganMu ya Allah. Aamiin 

Jantung hati nyawa hidup mati Ummi 😘

Saturday, January 9, 2016

Naluri itu.

Assalamualaikum,

1.09am. Mata aku takleh lelap g. Sejak ada anak ni time tidoq aku dh tak teratoq. Dulu kalau dak aku dh terikut2 Haziq tidoq awai. Pkoi 10 ja mata dh berat. Hindustan yg 3jam kt tv tu mmg tak mampu nk layan bg habeh la cita dia. Mengeletor ja mata ajak msuk bilik tidoq. Haish. Tapi sejak ada anak segalanya berubah. Aku pya tidoq pon umpama mimpi dalam mimpi... Hahaha. Yang pelik bila malam anak aku tidoq awai tak buat prgai aku tak mengantok. Tp bila malam dia merengek dan dan mata ni mengantuk mengada! Huhu

Oh ya, aku tulis ni sbnarnya nak habaq yes yes aku dh rasa naluri tu. Ya naluri seorang ibu. Baru aku paham mcm mn rasa dia. 
Cerita dia begini...
 Haritu aku bru habes pantang dgn tergedik2nya aku nk kuar. Haha. Tah papa acah2 tak penah kuar ja sblm ni. Pastu aku pon apa g ajak kak ipar aku p kedai barang baby. Nk beli puting la konon utk Safiyya. Padahai aku beria bk kuar Ja sbnrnya. Kihkihkih. Lepas tu rncgan awai aku nk bawak ja mek Safiyya tu. Tapi ayah aku tak bagi. Baru habes pantang kot aku tak menyempat nk kuar haha. Lepas tu aku kalau p kedai baby tipu la nak sat. Makan berjam gk la. Mata dh start rambang semua benda aku nk beli zzzz sian ame aye jd bank. Bertabahlah wahai suami. Haha. 
Tapi tapi apa yg aku rasa masa aku dok jalan dlm kedai tu pon kejap2 aku pk anak aku. Kejap2 pk oh time ni Safiyya tido. Kejap aku teringat. Pastu balik ja rumah aku mcm trus laju ja pegi cari anak aku. Tgok2 ayah aku dh bg di naik ndoi. Hahah. Ayah aku mmg beria nk bg Safiyya naik ndoi aku yg tak nak. Tgok ja Safiyya tgh tdo tu aku trus agkat dia cium cium bwk masuk bilik.
 Hmmmm pastu aku perasan okay. Aku dh ada feeling mak mak tu. Tinggai anak 2 3jam aku dah start rindu dia rindu bau dia. Oh anak. U make jantung ummi berdegup kencang mcm 1stime dating gn abah. Hahaha. I love u anak. Muah muah qu puteh sikettt 😁

Hai anak bau kamu buat ummi tak senang duduk. Walaupun masam ya amat kikiki 

Sunday, December 27, 2015

Cerita Ceaser Saya.

Assalamualaikum,

Hi peeps. Seperti yang telah dijanjikan entry lalu aku nk share pengalaman aku melahirkan Nur Safiyya kan. Okay. Tumpang si anak yg tersayang ni tidoq. Ummi curi2 update blog la. 

19/11/2015
6am Subuh, aku bangun mcm biasa hari ni. Nk solat subuh.  Dengan keadaan perot yg besaq tersenget2 mcm biasa aku bgun. Sebelum ambik air sembahyang aku teperasan dh mcm basah2 skit. Aku ambik air sembahyang mcm biasa. Aku syak peluh kot. Aku buat lex lex dlu la. Dh masuk hujung mengandung ni aku dh tak mampu sembahyang berdiri. Sebab nak rukuk n sujud ya Allah mengah mcm nk terbalik. Jadi aku duduk ats kerusi. 
Lepas ja subuh aku relex jap. Pastu apa g terlelap blik la aku sejak memboyot ni mata aku asyik nak tido ja ha. Hahaha. No wonder la berat aku naik 16.5kg dr mula pregnant smpai brsalin. Skrg aku xtau berat aku berapa. Esok nk timbang cuak ya ampun.
8.40am aku bgun sbb lapar nk g dapur nk cari makan. Haha. Pastu bagun ja aku dari katil ada cecair panas trun laju ja meleleh dkt kaki aku. Aku mcm oh oh oh apa ni apa ni. Trus ja pegi dpur cari mak aku. Then tjuk kt makkkkkk air apa ni. Laju trun. Xbyk cuma meneleh dkt kedua2 belah kaki aku. Aku dh cuak. Bila aku tengok air tu mcm bercampur darah. Mak aku plak mcm blur2 gk sbb dia ckp dia brnak jnis x turun tanda. Mak aku yg pada asalnya nk p melawat kezen aku bersalin trus cancle. 
Aku mula whatsapp kak ipar aku tya itu ini. Then dia suggest aku p hospital sbb aku anak sulung n ketuban leaking. Mak aku lak ckp tgu dlu smpai petang sbb aku xda rasa sakit apa pon. Cuma kerap berak kihkihkih. Lepas kak ipar aku ckp baik pegi la hospital kita xtau cmna keadaan anak dalam tu kan. Aku pon cuak gk sbnrnya padahal due aku 1/12/2015. Tp dh turun tanda. Otak aku dh ligat pk itu ini rsau itu ini. Last2 kak ipar aku blik bwk aku n mak p hospital.
Smpai ja dkt hospital aku terus p dkt wad bersalin PAC nama tmpat tu aku xtau PAC stand for what. Hahaha. Yg aku tau, sampai ja aku msuk semua benda aku kena tinggai luar termasuk fon. Naseb awai pg tu aku dh cll haziq ckp ketuban Leaking. Dia mcm kena blik dh ja. Oh btw haziq dkt sabah msa tu. Aku kan dh stay sabah jd org sabah kejap hahaha. Aku ckp haziq 'abg tgu standby ja. Kalau org ckp balik trus blik' hahah.
 Aku bajet msuk check tu kejap jela. Sekali msuk2 nurse2 tu suruh aku baring ats katil. Mcm2 soalan depa tya. Aku layankan ja. Smpai buku aku wrna putih pon depa tya. Hahaha. Apa boleh buat dr sabah. Then aku dh perasan doc laki cina mai dok tya. Aku dh agak dh mmg aku dpt doc laki ni. Tp apa boleh buat aku redha jala. Nk beranak swasta cari doc pmpn xmampu. Kira darurat la ni. Pastu doc tu interview aku 10 11x. Kdg2 repeat soalan yg sama aku yg confius. Hahaha. 
Doc tu check laluan n ckp oh dh 2cm. Aku trus macam, haaaaaa?? Dh 2cm ? Tak rasa sakit apa pon huhu. Pastu sempat aku tya. Doc, sy boleh blik kan lepas ni. Slmber doc tu ckp. 'Eh,mn boleh. U ketuban leaking sy kena bg u tdo wad.' Punah terus harapan aku nk blik mkn laksa dlu ka, ice cream ka. Hahaha. Berjam jam jam aku dkt bilik dr pg smpai tgh ari. Pastu nurse tu pgil aku ckp 'syazwani awak p mkn dlu gn mak awak pastu nnti masuk sini blik. Nak masuk wad. Ok.' Aku pon apa g laju jala kuar p kat mak aku. Depa siap beli mknan aku sentai dlu mkn. Haha. Yala aku x rasa sakit apa g pon masa tu. Dh kena bermalam dkt wad huhu. 
Malam dkt wad tu aku x terasa sakit g. Yg aku tau asyik kena check laluan n check tekanan darah pastu jantung baby. Ada makcik sebelah katil aku ni dia kena induce. Mak aihh dia pya merengek sakit buat aku nk lari balik. Aku cm tak rasa sakit lagi jd aku dgaq dia merengek cmtu aku jd cuak. Huhu. Mlm tu aku xboleh tdo sgt. Aku bykkan berzikir n baca surah Maryam. 

20/11/2015
Pagi tu dalam pkul 5am doc pgil aku check laluan. Then dia ckp benda paling aku cuakkkk n tak mau. 'Puan, kami terpaksa induce puan kalau laluan xbukak smpai 4cm sbb puan dh lama pecah ketuban. Takut anak puan kena jgkitan kuman lama2.' Aku dh gelisah. Aku ckp aku xnak induce. Boleh x tgu kejap g doc. Doc tu ckp depa xmau ambik risiko. Boleh bahayakan baby. Sumpah aku buntu. Aku takut gila kena induce. Aku ckp xpala doc cek dlu laluan sy. Kalau dh xbukak sy sain borang utk induce tu. Lepas tu dtg sorg doc pmpn mcm ganas skit gaya dia. Xmuda sgt mcm doc yg td tu. Dia ckp haa mana patient tu. Aku cm pelik mak aih dia ni dtg sbb nk cek laluan aku ke. Dia pya ganas check lg ganas dr doc laki cina tu. Lepas ja dia check Alhamdulillah dh bukak 4cm dah boleh masuk Labour Room depa ckp. Aku bersyukur sgt msa tu xkena induce la konon. Lepas ja doc pmpn tu check laluan tu. Aku rasa dia dh terpecahkan ketuban aku skli sbb banyakkkkk gila air kuar lepas aku trun dari katil tu jalan ke blik air. 
Doc tu ckp aku boleh mandi mkn dlu nanti bru pegi LR bila ada kosong. What? Bila ada kosong? Haha nmpak x? Ramainya gila org nak beranak. Aku pon settle mndi mkn semua pastu aku dh mula rasa skit. Tp dia xdtg kerap. Dtg dlm 20min skli cmtu. Tapi sakit dia syahdu gk. Pastu, lama gk aku tgu smpai tgh ari xda jgk bwk aku g LR. Aku mkin rasa sakit tu. Smpai time melawat mak n kakak2 aku dtg suruh mkn pon aku cm xda selera dh. Pastu bila tgh sembang gn depa sakit tu mai aku akan diam kejap tahan rasa tu. Bila aku cm mkin sakit ja rasa. Aku ckp dkt doc cina tu. Dia ckp ok dia nk check laluan aku. Againnnnn. Huhu. Pastu dia check dia haa dh 6cm. Aku trus huish biar betoi. Cuak cuak cuak. Terus nurse2 tu siapkan wheel chair nk bwk aku pegi LR. Aku dh gelabah tgu haziq dtg sbb masa tu dia pegi smbahyang jumaat. Aku cm bajet msuk ja LR trus branak. Aku cm nak feeling2 suami pgg tgn ckp push push push dkt aku. Hahah
Sampai ja dkt LR aku dh gerun gn keadaan sekeliling. Dgr suara riuh doc suruh patient push. Dgar baby nagis. Tetiba feeling aku masa tu dh lain mcm gila. Sakit pon mula rasa. Tp still xtrlalu kuat n kerap. Dlm pkul 2.30pm aku dh terbaring ats katil dlm LR tu dgn wyar2 atas perot aku utk jantung baby tu. Semua dlm bilik tu buat aku gerun. Huhu. Mana haziq mana haziq. Aku lak asyik ckp nurse sy nk suami sy masuk. Pastu aku tya g nurse suami sy dh smpai? Pastu ada doc india perempuan kecikkk ja dh mcm adik2. Masuk check laluan aku lg. lepas tu dia buat muka ala ala blur. Aku ni lg la blur. Dh kenapa. Mcm2 la aku pk. Pastu dtg lagi doc depa bincang apa tah aku pon xtau apa yg depa cari smbil 'seluk' tu huhu. Pastu dia tya aku, 'puan ketuban dh pecah ke?' Aku ckp tah sy mn tau. Dh la kot. Td pg byk ja air keluar lepas check laluan. Pastu depa bncg sama depa aku pon xphm. Aku dh mula rasa sakit masa tu tp still mcm dkt wad td. Lepas tu aku npk muka haziq msuk. Ya Allah lega aku rsa msa tu. Dia teman aku. Kami sembang2 lex2 dlu. Smpai la sorg nurse dtg ckp 'puan kami nk masuk ubt bagi kuat contraction ya. Bg cepat bukaan'. Oh ya actually bukaan aku bru 4 bkn 6 doc dkt wad tu salah check sorg doc dlm LR ni ckp. Mybe dia check dpt 6cm sbb msa tu aku Tgh contraction. Hmmmmm. Lama lagi la aku pk. 
Bila nurse tu masuk ubt cpt betul kesan ubt tu rasa. Aku mula rasa contraction. Makin sakit makin sakit. Makin kerap makin kerap. Smpai tahap bila dtg ja sakit tu aku gengam tgn haziq smpai dia ckp 'syg jgn pgg satu jari patah jari abg nnti' huhu. Npk x npk x. Lepas tu doc dtg ckp anak sulung depa akan bg masa 12jam utk bukaan. Aku dgaq ya Allah, 12jam mn mgkin nk tahan gn sakit yg mcm ni. Lepas tu aku makin sakit smpai tahap ngis n nk guling2 ja rasa. Haziq dh xtau nk buat apa msa tu. Aku npk dia gelisah. Tp xtau nk buat apa. Dia suruh aku tenang tp tak bolehhhhhh. Huhu. Lepas tu sorg nurse msuk tya aku nak ubt tahan sakit x. Aku dgn cool jwb oh xpa sy boleh tahan lagi. Aku bajet dia nk bg epidural so aku xnk la. Bila dgar mcm2 cerita pasai epidural tu. Lepas tu haziq dh siap kuar masuk pegi sembahyang apa bagai. Aku still xtrasa nk bersalin. Laluan aku bukak 5cm pastu 6cm. Pastu 7cm. Aku tgok jam ya Allah dr siang smpai mlm aku dlm ni tahan sakit yg buat aku lembik. Bila malam tu aku makin xtahan bila sakit tu 2min skli sakit yg Allah ja yg tau. Pastu sorg doc ni msuk mcm nk marah aku. Kenapa aku xnk ubt tahan sakit. Aku anak sulung 12jam depa bg masa dia ckp. Larat ka nk tahan. Pastu aku trpksa akur ambik ubt tahan sakit yg air tu. Ubt tu sumpah lalok. Masuk ja aku trus lali n tdo. Lepas ja hbes kesan ubt tu aku start meronta2 sbb terlalu sakit. Aku merayu2 dkt haziq. Abg sakit abg sakit. Dia smpai blur xtau nk buat apa. Dia bacakan surah apa pon aku xtau masa tu sbb aku trlalu sakit n asyik sedut gas ja kononnya nk kurangkan sakit. Bila dtg rasa sakit tu satu tahap aku trsa nk lari dari katil tu nk jeritttt ja. Aku smpai merayu2 dkt doc. Sy xnk ubt kuat contraction tu dh doc tolongla. Sakit. Rayuan aku hanyalah sia2 hahaha. Pastu aku dh sakit sgt sgt aku asyik mengamok dkt air ubt yg depa masukn tu smpai patah jarum tu aku buat. Hahaha. Doc tu ckp aku berlawan gn ubt ni. Yala sakit oiiii bkn main2. Aku suruh buang xmau. Patah buleh kat aku. Hahaha. Lepas tu sbb aku dok merengek2 sakit sgt doc dtg check laluan aku. Hampa. Still 7cm. Aku msa tu xleh pk apa dh. Sakit yg aku rasa mgatasi segalanya. Haziq pon kena marah ja msa tu. Jgn pggang2 aku. Sakit sakit sakit ja aku rsa msa tu. Aku xtau nk gmbarkan sakit tu mcm mn. Tapi sakit dia ya Allah yg mengetahui. Aku smpai nk cederakan diri sendiri bila dtg sakit tu. 
Lepas tu doc masuk check lagi. Doc tu boleh ckp kt aku 'puan anak sulung biasanya kami bg masa 12jam untuk bukaan. Sy bg lg 3jam kalau still xbukak kami terpaksa emergency ceaser.' Aku masa tu rasa nk mtk ceaser dh sbb xtahan sgt dh sakit dia. Dia boleh ckp lg 3jam. Ya Rab, aku rasa 5min sakit tu pon dh separuh mati ni nk suruh tgu 3jam. Aku pon redha la 3jam aku dok mengerang2 sakit. Pastu doc dtg check still 7cm. Allah ja tau perasaan aku masa tu. Doc dh cuba bantu aku utk bukaan n mtk aku push. But still 7cm.

21/11/2015
Masa tu dh 2.30am cmtu xsilap aku. Sbb aku cm xlalu dh nk tgok or kisahkan benda lain. Doc tu ckp 'puan dh 12jam bukaan still 7cm, kami terpaksa ceaser sbb ketuban puan dh pecah lebih dr 24jam. Kami risau jgkitan kuman pd baby'. Aku dgar doc ckp cmtu dlm hati aku hampa pon ada sbb xdpt normal. Tp aku pk anak n pk keadaan aku yg sakit dh xmcm org tu. Laju ja aku sain borg utk ceaser. Masa tu aku dh lemah sgt sgt sgt dh. Dgn xmakan. Dgn sakitnya. Doc tu dok bg penerangan ttg risiko ceaser pon aku xmmpu dgar sbb sakitnya terlalu  syahdu. 
Nurse mula siapkan aku utk pegi ceaser. Dia bg aku minum air apa tah yg rasanya pelik ja sblm ke blik ot. Msa depa tolak aku nk ke bilik ot tu pon aku still tahan sakit contraction yg amat tp aku lemah. Aku tgok ja muka haziq. Aku xmmpu nk berkata2 dh sbb aku trlalu lemah n sakit masa tu. Aku redha ja apa depa buat dkt aku masa tu. Aku pk nk selamat ja. Masa dlm perjalanan nk ke bilik ot tu. Aku pk mcm2 gk sbnrnya. Risau takut gelisah semua ada. Ni 1stime aku nk masuk blik ot ni. Smpai ja dkt situ mcm2 depa buat pasang itu ini dkt aku. Pastu suruh aku peluk bantai. Sbb nk cucuk dkt tulang blkg aku utk ubt kebas tu. Masa tgh peluk bantai tu pon aku mngis merengek g sbb contraction still ada. Smpai aku dgar suara ckp sabar ya puan. Jap g hilang rasa tu. Dia ckp peluk bantai tu kuat. Dgn keadaan bilik tu yg sejukkkkk gila tahap aku mengigil2 tu aku peluk bantai sekuat hati. Yg aku rasa dia cucu skli. Tp aku still xrasa kebas. Pastu lagi skli aku mula rasa kebas2 n xtrsa separuh bdn. Sakit contraction aku hilang serta merta. Aku trus rasa lega ya amatt n letih. Aku mcm nk tertido dh. Aku terbaring dgn tgn mendepa kiri kanan. Aku tau ramai yg keliling aku masa tu. Tp aku xtau apa depa buat. Yg aku rasa bdn aku mcm kena hongga2 goyang2. Pastu dia mcm tekan2 dkt perot aku pastu aku trsa cm sesuatu keluar dr perot aku. Pastu aku dgar suara baby nangis n suara doc ckp Subhanallah Allahuakhbar. Masa tu aku sebak gila dgar suara anak aku menangis. Hati aku legaaa sgt. Dlm bilik ot tu dgar suara anak aku dok nangis ja. Mybe nurse tgh bersihkn dia. Saat pling aku xkn lupa smpai mati bila nurse bwk anak aku letak dkt pp aku. Dlm keadaan sgt lemah aku rasa bahagia n bersyukur sgt dpt tgok anak yg aku kandung 9bln tu. Nurse tya aku, puan ni baby apa? Smbil tjuk dkt aku. Aku jwb baby girl. Nurse tu suruh aku cium pp anak aku. Aku cium dia masa tu Allah ja tau hati aku prsaan aku mcm mn. Haaa masa tulis ni pon aku dh ternangis2 bahagia. Allah.. Besarnya kuasa Mu. Tgok muka anak aku masa aku cium tu dia diam ja pdhal sblm tu nangis kuat. Tp disebabkan aku letih n blur. Skli nurse tu ckp cium skli aku cium. Aku jd mcm blur2 n lemah masa tu. Lepas tu nurse tu trus bwk baby aku. Aku trus lali n nk tdo ja sbb letih. Settle semua tu aku pon kena dok dkt wad 3hari. Bdn aku still mengeletaq smpai dlm wad. Walaupon depa selimut aku bagai tp still xbleh berenti getaq tu. Letak ja aku ats katil tu. Aku trus lali2 nk tdo ja. Nurse bg aku bring tanpa bantai n pesan kt aku 6jam jgn bgun jgn mkn mnum. Aku tdo jala kaki aku pon still xtrsa lg sbb ubt kebas masih ada. Aku sempat jmpa haziq sbb dia anta aku ke wad gn nurse. Dia ckp anak aku dlm nicu, depa nk check tkut ada jgkitan. Aku redha ja dgar msa tu sbb aku cm dh xlarat lemah. Jaga pagi tu kaki aku mula rasa tp berdenyut2 g kebas n xbrapa kuat. Aku cuba gerak2kn jari kaki n try2 agkat kaki. Plan2 lama2 bru rasa betul2 kaki aku. Tapi yg pling syahdu rsa dia msa tu dkt tmpt ceaser aku la.. Nyilu sakit. Huhu. 

Ok aku rasa takat tu ja apa yg aku mampu kongsi pengalaman ceaser aku. Yang aku tau beranak ni memang sakit. Tp mcm suami aku pesan kalau kita redha pahala dkt kita. Xkisah la hg brnak normal ka ceaser ka. Sama ja ada rasa sakit. Sama ada pahala dia. Sama dpt gk zuriat. Xpyh nak banding2 sgt la. Ni semua bukan qeja kita. Allah dh tentukan. Anak and kita sihat selamat pon cukup Alhamdulillah dah. Jgn dok bangga haa aku brnak normal silap2 no2  3 4 dia bg merasa Ceaser. Yg ceaser plak dok habaq sakit ceaser terok g dr normal  la. Xpyah sok kalau dpt kesempatan brnak normal rasa plak cmna sakit dia. Yg penting jgn belagak riak takbur gn apa kita ada rasa n lalui. Takut t kena kt hidung benda yg kita dok kata tu. Ya ke idok? Be positif la. Setiap org ada naseb msing2 rite. Sapa xmau beranak normal cuba tya semua ibu mgandung. Cmfm nk brnak normal. Tp kita hanya merancang  Allah yg tentukan. 
Isu beranak normal n ceaser ni sama sensetif mcm isu anak perempuan or lelaki. Dia satu ja aku nk pesan. Jgn sembang besaq jgn riak jgn takbur. Allah maha besaq ingat tu. Bila2 dia buleh tarik apa kita ada. Yg mana dpt anak laki ka pmpn ka bersyukurlah. Sbb ada yg kawen 5 6 thn xdak anak. Jgn dok berasa kita ada anak pmpn dh org lain xdak anak pmpn dok bangga dh. Nanti kot dok ada sejenis jantina tu ja kot. Yang penting kita kena ada sikap BERSYUKUR. Ingat! Aku pon bersyukur sgt sbb berpeluang merasa nikmat mengandung dan melahirkan Zuriat suami tercinta aku ke dunia ni. Walahpun secara ceaser. Im proud. Im happy.
Okay cukup la takat ni. Nk tulis satu entry ni pon aku mkn masa 4hari pa sejak ada anak ni. Hahaha 

Tq for reading! Muah qu puteh skit 😘

Saturday, December 26, 2015

PUAN & UMMI

Assalamualaikum..
Fuhh finally, arini aku berpeluang update blog selepas berguling2 tidoqkan anak tercinta. Anak? Yes anak. Hahaha. Nampak dak btpa lamanya aku tak udpate blog ni. Alhamdulillah, aku yg kini bukan yang dlu lagi. Dah ada suami dah ada anak. Tgjwb baru yang sangat besaq aku pikul.
Alhamdulillah aku dah setahun lebih kawen 22/11/2014 dan sebulan lebih beranak 21/11/2015. Hehe pandaikan anak aku keluar. Setelah hari2 aku pujuk keluar 22hb ya bg sama tarikh anniversary Abah n Ummi. Tapi dia keluar awai sehari. Hehe. Good girl betoi anak ummi ni.
Hmmm aku sebenarnya nk kongsi pengalaman aku bersalin. Biaq esok anak aku baca. Timbul keinsafan skit dkt dia. Xpayah bukak cerita tanah kubur nk bg cuak. Hahaha. Oh ya, anak aku nama Nur Safiyya Bt Muhamad Haziq 😊 Ya ya ya aku kawen gn Haziq. setelah 8tahun bercinta. gan sapa lagi hampa jgn macam2 hahahah. Okay nk tulis panjang2 pon payah dah lani. Tgu aku free anak mood baik aku nk update pengalaman aku lahirkan anak sulung aku ke dunia ni okay uols.

#sebenaqnya nk tulis pjg lagi tapi anak aku dh kodek2 tu okbai

Sebagai bukti aku kepilkan beberapa keping gambaq kawen aku gambaq Safiyya? Nanti na 😁

Ni kad kawen kami 😍


Ni baju nikah. Kuning uols hahaha
Ni hantaran yg aku bg dak Haziq

Family aku yg osemmm 😘
Bridesmaids aku yg segak!
Kenduri belah Haziq. Okay takat tu dlu noh gambaq. Hehe

Nah belanja gambaq kaki Safiyya satu heheh



Monday, August 25, 2014

Salah.

sedang orang riuh sebok sesak nafas mengah aku diam kaku kelu bisu sedu
sedang orang gembira riang tawa aku sedih duka sendu syahdu
-
-
-
kenapa mesti berubah tanpa hala tuju
aku termanggu dengan pilihan yang terburu
sedangkan hati sakit meronta membisu
--
sedang aku tangis terkulai layu
kau bersorak seindah bayu
sedang aku menanti arah tuju
kau tiada untuk menuju
-
-
-
salah salah salah
rasa yang tinggal kesal begitu
menanti balasan perbuatan dulu
hanya yang satu dapat membantu

taman wira mergong,12.11am