Assalamualaikum semua, ya Allah serius dah berabuk tebal blog aku ni. Fuhhh sapu xjalan ni. Kena vacuum 😅😅
.
.
Hmm aku pon dah anak dua tau. Second baby aku nama NUR KHADEEJAH MUHD HAZIQ. Yaaaa another baby girl in my heart. Love my babies to moon and back sgt tau.
.
.
Alhamdulillah, dulu aku update cita bersalin si kakak Safiyya dkt blog. Aku czer masa tu. Khadeejah pulak syukurrrr pd Allah rezeki aku normal. Paling rare khadeejah dilahirkan dkt Sabah. Ic 12 gituu hehe..
.
.
Aku lahirkan Adik khadeejah dkt hospital likas sabah 2/11/2018 3.25am u. Ok la ngantuk gilooo oih. Baru settle enduri kesyukuran dkt umh aku. Nak tidoqqqqqqq. Nanti free aku update lg. Nahhh share gambar Khadeejah ayamg anja ummi 😘
Saturday, May 4, 2019
MY SECOND BABY GIRL 😍
Posted by WANY SALLEH at 11:27 PM 0 comments
Thursday, February 11, 2016
Nikmat.
Assalamualaikum,
Posted by WANY SALLEH at 12:53 AM 0 comments
Saturday, January 9, 2016
Naluri itu.
Assalamualaikum,
Posted by WANY SALLEH at 1:25 AM 0 comments
Sunday, December 27, 2015
Cerita Ceaser Saya.
Assalamualaikum,
Posted by WANY SALLEH at 4:33 PM 0 comments
Saturday, December 26, 2015
PUAN & UMMI
Assalamualaikum..
Fuhh finally, arini aku berpeluang update blog selepas berguling2 tidoqkan anak tercinta. Anak? Yes anak. Hahaha. Nampak dak btpa lamanya aku tak udpate blog ni. Alhamdulillah, aku yg kini bukan yang dlu lagi. Dah ada suami dah ada anak. Tgjwb baru yang sangat besaq aku pikul.
Alhamdulillah aku dah setahun lebih kawen 22/11/2014 dan sebulan lebih beranak 21/11/2015. Hehe pandaikan anak aku keluar. Setelah hari2 aku pujuk keluar 22hb ya bg sama tarikh anniversary Abah n Ummi. Tapi dia keluar awai sehari. Hehe. Good girl betoi anak ummi ni.
Hmmm aku sebenarnya nk kongsi pengalaman aku bersalin. Biaq esok anak aku baca. Timbul keinsafan skit dkt dia. Xpayah bukak cerita tanah kubur nk bg cuak. Hahaha. Oh ya, anak aku nama Nur Safiyya Bt Muhamad Haziq 😊 Ya ya ya aku kawen gn Haziq. setelah 8tahun bercinta. gan sapa lagi hampa jgn macam2 hahahah. Okay nk tulis panjang2 pon payah dah lani. Tgu aku free anak mood baik aku nk update pengalaman aku lahirkan anak sulung aku ke dunia ni okay uols.
#sebenaqnya nk tulis pjg lagi tapi anak aku dh kodek2 tu okbai
Sebagai bukti aku kepilkan beberapa keping gambaq kawen aku gambaq Safiyya? Nanti na 😁
Posted by WANY SALLEH at 12:52 PM 0 comments
Monday, August 25, 2014
Salah.
sedang orang riuh sebok sesak nafas mengah aku diam kaku kelu bisu sedu
sedang orang gembira riang tawa aku sedih duka sendu syahdu
-
-
-
kenapa mesti berubah tanpa hala tuju
aku termanggu dengan pilihan yang terburu
sedangkan hati sakit meronta membisu
--
sedang aku tangis terkulai layu
kau bersorak seindah bayu
sedang aku menanti arah tuju
kau tiada untuk menuju
-
-
-
salah salah salah
rasa yang tinggal kesal begitu
menanti balasan perbuatan dulu
hanya yang satu dapat membantu
taman wira mergong,12.11am
Posted by WANY SALLEH at 12:13 AM 0 comments
Tuesday, March 4, 2014
6 SOALAN
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “Masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "Memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “Meninggalkan solat”. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "Lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Posted by WANY SALLEH at 3:45 PM 0 comments
Tuesday, January 21, 2014
Kutbah terakhir Rasulullah SAW
" Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi. Persoalannya adakah masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita?
Posted by WANY SALLEH at 4:07 PM 0 comments
Sunday, October 27, 2013
lampu biru
bukan setahun sekali jadinya
bukan jugak sebulan sekali
kadang-kadang satu hari berkali-kali
-
-
-
aku suka bermain dengan kadang-kadang dan kalaulah
tapi yang aku pasti aku ja rasa ni
sebab kau tak pernah alami--
aku masih jejak kau berkali-kali kadang-kadang
dan kalaulah........
-
-
-
aku senyum sampai esok pagi
sukanya aku tak berhenti
kau ada yang aku cari
ciri-ciri menarik hati
: terima kasih kerana memulakan perbualan yang aku memang takkan mulakan aku melonjak sehingga ke awan ;)
Posted by WANY SALLEH at 1:56 AM 0 comments
Monday, October 21, 2013
putus-melda ahmad
aku duduk sendirian di kamar ku
menagis kesepian kerana mu
kau tinggalkan aku kau cari yang lain
tergamak mu merobek hati ku
aku duduk sendirian di kamar ku
menagis kesepian kerana mu
kau tinggalkan aku kau cari yang lain
tergamak mu merobek hati ku
tapi setelah kau pergi aku
mendapat lebih baik dari mu
dia hargai aku dia sayangi aku
lebih daripada mu
aku ingin kau tahu bertapa ku gembira
tidak lagi bersama mu
namun pastinya nanti kau akan sedari
yang kau perlu cinta ku
yang kau perlu cinta ku
yang kau perlu cinta ku
Posted by WANY SALLEH at 1:52 PM 0 comments
Thursday, October 17, 2013
PRO vs CON
kita hanya perlukan seseorang yang terima kita seadanya
bukan yang sebok nak kita jadi itu ini
kita hanya perlukan seseorang yang terima macam mana pon keadaan kita
bukan yang sebok nak kita jadi macam dia nak
kalau sebelum kau jadi milik dia dah banyak bunyi
lepas kau jadi milik dia sure dia akan lagi berbunyi-bunyi.
kalau sekarang dia nak kau hot ja depan mata dia
lepas kau jadi milik dia sure dia tak nak ke'hot'kan kau kurang or dia akan tinggal kau.
sebab tula cari dan terima manusia yang terima kau seadanya pendek burok gemok tak cantik bodo or anyhting.
kalau dari sekarang dia tak dapat terima kau asyik tegor nak itu ini maksudnya kau dah elok lupakan dia. serius okay!
elok dapat yang napak kau pendek dia sentiasa tinggikan kau.
elok dapat yang napak kau bodo dia buat kau rasa pandai.
elok dapat yang napak kau gemok dia buat kau kurus atau dia gemok sama-sama dengan kau.
elok dapat yang napak kau lemah dia bagi semangat dekat kau.
elok dapat yang napak kau sedih dia buat kau happy tak hingat.
elok dapat yang napak kau susah dia senangkan kau walau kadang-kadang dia tak senangkan sangat.
-
-
-
kalau kau dah dapat yang macam ni. jangan pernah sesekali lepaskan dia pergi seriusly.
sebab orang yang macam ni ja yang mampu senyum dan cakap kau cantik/hensem lepas tengok muka kau bangun tido.
sebab orang yang macam ni ja yang akan cakap kau lawa dari mula kenai sampai sekarang walaupun kau dah anak 4 masa tu.
-
-
-
serius aku cakap kau. dalam 100 orang nak cari 1 yang macam ni pon susah. mungkin dah lupus mengikut peredaran masa yang sibuk mengejar kesempurnaa dunia. dunia dunia oh dunia. sebab sampai sekarang aku rasa aku tak jumpa or nampak lagi manusia mcm tu. tapi kalau ada pas kat aku sama. haha!
# sebagai perempuan tak ada apa yang mampu mengembirakan kami selain dari mendapat seorang lelaki yang terima kami seadanya membahagiakan sentiasa susah senang setia bersama kami walau apa keadaan pon. bila dia dapat semua tu dari seorang lelaki tu. duit jatuh tangga ke berapa pon aku tak sure. kami akan pilih semua tu. :)
Posted by WANY SALLEH at 2:33 PM 0 comments
saat
Di saat kamu ingin melepaskan seseorang…
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya….
Di saat kamu mulai tidak mencintainya…
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya…
Di saat kamu mulai bosan dengannya…
Ingatlah selalu saat indah bersamanya…"
Posted by WANY SALLEH at 1:19 AM 0 comments
Sunday, July 28, 2013
Monday, July 15, 2013
sistem keliru
kadang-kadang bila tengok orang ramai tangkap peragut perompok hukum sendiri
pukul sampai hampir mati orang tu.
tapi kalau yg masuk balai polis pukul sikit utk dapatkan maklumat
mula laaaaaa...
dikatanya polis itu ini jahat tak berperikemanusiaan la..
ya aku makin keliru.
sebenarnya apa yang manusia mahukan?
aku tak salahkan mana-mana pihak.
--yang penting guna otak sebelum guna mulut.
Posted by WANY SALLEH at 11:00 PM 0 comments
Saturday, July 6, 2013
Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake
Assalamualaikum,
Cotton soft japanese cheesecake seindah nama sesedap rasa. fuh... aku mula berminat gn kek ni bila kak mira (kak dkt umh sewa aku kt shalam) buat. tekstur dia yg lembut dan ringan buat kita xrasa tiba2 habeh sebesen. hahaha. okay okay jom tengok resepi.
Bahan-bahan :
100g creamcheese
100ml susu cair/freshmilk
70g butter
4 biji telor (asingkan kuning gn putih)
70g tepung gandum*
1/2 sk baking powder*
70g gula kastor
1/2 sk garam
cream of tartar (xletak pon xpa)
1sk esen vanilla
1 1/2 sb lemon jus (aku xletak. tapi aku rasa lau letak lagi sedap)
* = ayak
cara-cara :
1) dengan double boiler panaskan creamcheese, susu cair, butter sampai sebati. (aku xbuat double boil pon aku slumber panaskan gn api pling kecikkk)
2) biar sejuk sikit masukan tepung, kuning telor,lemon jus dan esen vanilla kacau sebati ketepikan.
3) putar telor putih, gula, garam, dan cream of tartar putar sampai kembang sampai jadi putih melepak lau terbalikan bekas xtumpah telor tu. (mcm pavlova punya meringue)
4) masukan bahan cream cheese tadi dalam meringue dgn kaedah kaup balik. sampai sebati.
5) gris loyang dengan butter pastu tabur tepung gandum sikit ratakan.
6) bakar dengan kaedah waterbath (buleh gugel camna) selama 1 jam. suhu 170c selama 20min. kemudian turunkan 150c selama 40min. (atau smpai masak tgok atas dia dh kuning)
SELAMAT MENCUBA :)
Posted by WANY SALLEH at 9:17 PM 0 comments
Wednesday, June 5, 2013
sedap--
sakit benci lagi sedap dari sakit suka.
--perlukah memberontak semasa VIVA--
Posted by WANY SALLEH at 12:31 AM 0 comments
Monday, May 27, 2013
manis manis
waktu bersama mu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama,
dan satu darinya ungkapan syahdu bahawa aku tak akan kehilangan mu,
susah payah kita semai benih cinta merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan.
sia-sia--------
Posted by WANY SALLEH at 12:25 AM 0 comments
Saturday, May 25, 2013
hargai.
cuba kau lihat diri mu dahulu sebelum kau nilai kurangnya diri ku,
apa salahnya hargai diri ku sebelum kau nilai siapa diri ku - armada
Posted by WANY SALLEH at 2:09 PM 0 comments
Thursday, May 23, 2013
rakus
sudah hilang nilai kemanusiaan bila kerakusan menjadi sakti.
dendam menjadi tongkat untuk berdiri.
dungu berada di bawah.
sedangkan yang megah terus melonjak ke puncak.
kasihan kasihan kasihan.
2013, may25. 532pm. resak-
Posted by WANY SALLEH at 5:33 PM 0 comments
Saturday, May 18, 2013
hilang satu nikmat.
aku tak salahkan waktu
mungkin salahkan hati
aku tak salahkan kau
mungkin rasa dah tak berbaki
sebak sakit marah teriak
mana mungkin aku lari
ekori aku sampai semak
atau mungkin jalan mati
kau berubah
tak kau sedari
aku berubah
mungkin aku kesali
meronta jiwa tesentak hati
jangan diikut katanya
sesalan mungkin menanti
terhenyak dengan bahagianya
mungkin susah utk melupakan
tapi yakin pasti upaya
biar hati ditindas dibiarkan
pasti ada kekuatan dalamnya
Posted by WANY SALLEH at 1:09 AM 0 comments



















