Assalamualaikum,
post malam ni tentang apa? hmmm tak ada apa2. aku menulis mungkin sebab tak ada tempat lagi nak mengadu. atau aku terkedu untuk melontarkan kata. yaa buat masa sekarang aku rasa kosong. perlu ka ada rasa mcm ni dalam jiwa. aku xboley nak bergantung dgn sapa2. suma serba tak kena. aku menaip apa yang terkeluar dari minda. hahaha aneh!
aku jadi makin blur. bodoh pon mungkin ya. sebab ikutkan kata hati yang boleh bawak mati. arhhhhh peduli pulak aku apa orang kata. aku dinilai oleh yang SATU. bukan mulut yg berjuta melontarkan kata2 duri. aku sebenarnya keliru apa hati ni mahu. makin diikut makin mengada. bila dibiar lopong dasarnya.
SAKIT SAKIT SAKIT..............
ada seperti tiada apa gunanya.
#maafkan aku meluahkan rasa andai ada yg terasa.
Friday, August 3, 2012
hati mula bersuara
Posted by WANY SALLEH at 11:34 PM 0 comments
Wednesday, August 1, 2012
kenapa mengapa?
Assalamualaikum,
salah aku?
salah dia?
salah hati?
salah rasa?
salah mata?
salah mulut?
salah SIAPA??????
aku sendiri takda jawapan dia. hati ni kadang2 tak adil dgn semua org. tp hati ni kadang2 terlalu jujur. kenapa boleh hadir? kenapa dan mengapa terus dalam otak. sampai bila kenapa dan mengapa akan menjadi teman rapat. atau sekadar meluahkan rasa masing2. atau kelamaan menjadi musuh?
akukah yang salah dalam soal ini? ya. memang aku. kenapa sekarang baru hendak terasa? kenapa bukan dulu. mengapa aku biarkan rasa itu dulu? kenapa, aku yang terleka atau aku lalai. mengapa begitu susah. hendak jauh dilempar makin dekat kau hadir. makin aku cuba lari makin dekat kau datang. ohhh aku makin seronok dengan permainan mengapa dan kenapa. haha. angan2 kosong yang tiada kesudahan. orang tua-tua selalu pesan. jangan dilayan perasaan. hmm aku yg melayan atau dia yg mintak dilayan. sampai kemimpi pon engkau masuk campur. dah kenapa.. ada makna atau kau sengaja mempermainkan aku. itu bukan soalnya sekarang. semuanya akan tersimpan rapi hingga tiba masa nanti. aku berserah padamu ya ALLAH.
#jodoh bukan kita yang tentukan. kita merancang biar DIA yang tentukan.
Posted by WANY SALLEH at 10:00 AM 0 comments
Tuesday, July 3, 2012
Cream Puff :)
Assalamualaikum,
halo frens.... hmmm bila aku update blog ja msti bg resepi kn. boring laaa. pasni aku nk buat prubahan ckit. hehe. tgguuu.. okay utk hari ni,amek resepi cream puff ni seketoi dlu nah.. aku pon amek resepi ni dari internet. aku stai kaji berpuluh2 resepi pas2 baru aku kuar hasilnya. nah la malaih tulih panjang2...
Bahan- bahan puff :
60g tepung gandum (ayak)
100ml air
2 biji telor
butter dalam 4 sudu besaq lebih xpa.
aluminium foil
cara-cara :
1) masak butter+air smpai mendidih
2) masukan tepung gandum kacau sebati smpai agak kekepingan
3) tutup api masukan telor kacau cepat2 sampai sebati. sejuk ckit
4) masuk dalam piping bag. xpon guna plastik macam aku buat.
5) atas dulang bakar. lapit aluminium foil. sapukan sedikit butter ats aluminium foil xmau bg lekat.
6) picitkan biaq tinggi lebih kurang 5cm atas 2. bakar selama 15 minit suhu 200c. pas2 turunkan suhu 180 selama 25minit.
custard cream :
1 sudu tepung custard
1 sudu tepung jagung
1 cawan susu segar
1 biji telor
4 sudu besar gula
1 sudu besar butter
cara-cara :
1) campur tepung jagung tepung custard gula dgn 2 sudu susu kacau jgn bagi ketul2
2) kacau bahan tadi atas api perlahan. masukan telor kacau lagi. masukan lebihan susu tadi.
3) kacau sume sampai agak pekat ckit masukan butter.
4) pas2 teruskan kacau sampai pekat.
5) biakan sejuk kejap. masuk dalam piping bag picit masukan dalam puff yg dh dipotong tgh dia.
SELAMAT MENCUBA :)
aku suka cream custard dia. sedapppppp. ratah saja pon enak :)
Posted by WANY SALLEH at 5:50 PM 0 comments
Wednesday, June 20, 2012
resepi pancake :)
Assalamualaikum,
hati masih berbaki kesedihan semalam yang tidak mudah dihadapi oleh setiap manusia yang punya jantung berdegup. wow! sesekali bermadah xsalah. semenjak amek sbjek writing theory ni makin pandai bermadah. haha. okay. tujuan sebenaq n bagi resepi pancake yang baru buat tadi. org makan pg. aku makan tgh ari. hee. jemput tengok...
bahan-bahan :
1 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telor
1 kotak susu dutchlady fullcream (kotak kecik)
3 sudu butter
3-4 sudu besar gula (terpulang)
cara-cara :
1) masukkan suma bahan dalam blender. blend ja sampai betul2 sebati
2) biarkan selama 10 minit.
3) amek 1 senduk adunan tuang atas kuali non stick (yg goreng xgdoh boh minyak tuu). tgok agak2 bwh dia dh kuning kalih.
4) okay siap makan.. #boleh letak flavour,mkn gn butter,blueberry ka ekot la suka camna.
SELAMAT MENCUBA :)

Posted by WANY SALLEH at 2:09 PM 0 comments
Sunday, June 17, 2012
Kek Butter :)
Assalamualaikum..
apa khbar sumaaa. lama gila xtulis kat sini. berabok terok kot. jd mcm ketagih nk tulis. qoset p qoset mai trgat ada seketoi g resepi xbg. jadi pelik la bila lama xmemasak smthing. sejak biz gn timbunan asgmnt hnya mmpu masak utk mngisi perot dikala kosong sahaja. okay ni nk bagi resepi kek butter yg best. mcm besa. aku hnya rajin buat bnda yg best2 ja. hat xbest aku malaih. so mai nk bagi resepi kek butter yg aku amek dari kak mira. tq kak mira :)
untuk menghasilkan kek butter yg amat enak, berkualiti tinggi dan lembap2 moist2 gituw penggunaan butter yg mahal @ sedap amat diperlukan. okay jom start..
Bahan-bahan :
250g butter
190g gula kastor
5 bjiji telor
200g tepung naik sendiri
2 sudu kecik esen vanilla
Cara-cara :
1)putar butter dgn gula sampai kembang putih2 gebu.
2) masukkan telor satu persatu. pas2 boh esen vanilla
3)bila telor dh sebati masukan tepung.
4) bakar 160c slma 60-80 minit.
SELAMAT MENCUBA :)

yg atas tu aku bancuh serbuk coklat pas2 tenyeh ja atas tu. nyumnyum~
Posted by WANY SALLEH at 7:53 PM 0 comments


