Blogger Layouts

Friday, September 21, 2012

sujud syukur

Assalamualaikum.

hmmm.. aku tak tau nk mula macam mn. sejak 2 menjak ni..... aku seolah2 dpt apa yg aku nak. dia bagi aku dgn mudah. aku suka gembira seronok. segala urusan aku mcm dipermudahkan. sapa xseronok kn kn kn.
tapiii.....
aku jadi takot. gelisah. risau. malu...
aku rasa mcm xlayak terima semua ni. aku bukan baik sgt. lalai. slalu lupa Dia.
maafkan aku. aku malu terima semua ini kadang2. sebab aku xcukup baik pd Dia.
mungkin...... Dia bg aku semua ni nak aku sedar. nikmat Dia. nk bg aku bersyukur. nk bagi aku tau Dia maha mendengar. maha memberi. maha pemurah. aku maluuuuu. maluuuu. maluuuuu.
Ampunkan aku.. aku leka. aku lalai. aku lemah. aku bersyukur dgn nikmat dan kurniaanMu.

Syukran YA ALLAH.
syukran
syukran
syukran......

Wednesday, September 5, 2012

serba tak kena =='

gelap
sunyi
unggas
sayu
sendu
oh malam. ya sudah malam. leka aku dibuai indahnya.
kenapa tangan laju menaip. hati rasa sakit ya? atau sedang memuntahkan isinya.
semua yang dibuat tak kena. tak menjadi. tak betul. kenapa kenapa?
aku sendiri tak ada jawapannya.

luas
kipas
lampu
kerusi
meja
tirai
terkedu kaku. melihat lajunya jari gerak melontar kata. perlu aku biar agar dia puas.
jangan disekat nanti tersentap rasanya. bila yang lain diharap yang lain berlaku ini jadinya.
pujuklah ia. jangan biar dia terus sakit. mana belas kasihan?

pedih
panas
getar
menahan turunnya curah tidak dijemput.
nak ditahan lain jadinya. nak dibiar risau dilihat.
bertahanlah bertahanlah jgn terlalu lemah.

ia merayu minta dipujuk. minta dibelai minta dijaga. aku biarkan kau hanyut dalam dunia kau. jangan ada sekelumit rasa menyesal.



# resak apartment, 1046pm


Sunday, August 12, 2012

.buat bakal Imamku.

Assalamualaikum,

buat bakal imamku. sesungguhnya aku wanita yang lemah. yang jahil. yang tidak sempurna.
aku berharap kau akan menjadi pembimbingku di dunia dan akhirat kelak.
izinkan aku jadi bidadari untukmu di Syurga nanti.
izinkan aku menjadi isteri yang terbaik untuk mu.
didiklah aku, ajarlah aku. pukullah aku jika aku lalai atau mula menderhaka terhadapmu wahai bakal imamku. sesungguhnya aku amat berharap yang aku mampu membawa kau ke Syurga kelak.
izinkan aku menjadi pelengkap rusukmu yang terkuat disisimu.
aku berharap kau sentiasa membawa aku ke jalannya, dan aku akan berusaha menjadi isteri yang tidak mengheret kau ke neraka. kerana tugasmu mendidiku akan ku balas dengan sebaiknya.
insyaAllah. didiklah aku wahai bakal imamku. AMIN..

Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia kecuali isteri yang lain dari bidadari berkata :
Janganlah menyakitinya,semoga Allah membunuhmu. Wahai anakku! Celakalah bagi wanita yang derhaka kepada suaminya.
(hadis riwayat ibnu majah dan at-tirmidzi)

#resak apartment, 1050pm

Saturday, August 11, 2012

kau begitu Sempurna


SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah.
itu ungkapan yang mampu aku ucapkan sekarang.
indah ciptaanNya. aku kagum. aku hormat. aku terkedu.
kenapa tiap kali aku sedang mendekatkan diri ini dgnMu.
aku nampak kau. kau muncul. ya! kau muncul dpn mata aku.
MasyaAllah.
lidah seakan terkedu. kuat menahan curahan itu daripada turun.
kenapa semua ini berlaku. ujian buat akukah semua ini.
dugaan yg hendak menguji aku. atau ada makna.
bukan sekali. bukan dua kali tapi lebih.
setiap kali aku berdoa. aku berharap. aku berserah.
kau muncul didepan mata. ya ya betul2 didepan mata ni. sesuci tempat itu. kau muncul, ya! kau muncul!!
sakit aku rasa tanggung semua ni.
sempurnanya kau cipta.
sempurnanya iman.
sempurnanya sifat.
sempurnanya tutur.
hati aku makin tertarik dengan keindahan asas itu.
aku tidak berniat utk menyakiti sesiapa.
aku hanya teruja.
tapi aku salah hanyut dalam keindahan ciptaan minda.
maafkan aku. maafkan aku. maafkan aku. bukan itu niat aku.
aku sedar. aku hanya ada 1 senjata yang boleh membantu aku.
senjata yang aku paling aku suka. paling aku jaga. iaitu DOA.
jika kau bukan milik aku . aku sentiasa mendoakan yg kau akan bertemu dgn ciptaan terindah dan sejahteralah hidup kau. kerana kau tidak lupakan DIA.
maafkan aku lagi sekali kerana membiarkan rasa ini. sesungguhnya aku hormat dirimu sehingga bergetar hati aku menahan sebak melihat kau disitu. kau muncul muncul dan terus muncul.
tapi hari ini aku terpaksa berdoa supaya ini hari terakhir kau muncul dah ada dalam hati ini. kerana aku tidak mahu menyakiti hati yg lain.
ya Allah. bantulah hambamu ini. bantulah ya Allah.... AMIN.

ruang tamu resak 2.24am

Thursday, August 9, 2012

Bila yang berdegup berbicara.

Assalamualaikum,

sekali toleh aku terfikir.
aku pandang ke hadapan jalan dengan penuh berani. apa guna aku pandang yg belakang. baik aku pandang depan yang sedang dibina indah.
hahaha. manusia memang macam tu. susah nak bersyukur.
aku. aku? aku pun sama. lalai leka nyenyak sampai sendat tak endah.
buat apa nk pedulikan tusukan duri, tajamnya pisau, manisnya kata. sedangkan semua bermainkan kata dgn makna.
dunia sekarang ini? wujud ka manusia yg hatinya betul2 suci bagaikan cecair suci ditanah itu? mustahil.
aku tak pernah percaya. manusia didalam hati tetap ada segelumit rasa yang yang yang. tak perlu aku teruskan.
niat? ya memang perlu ada niat. niat yang baik atau buruk sahaja membezakan halanya ke kiri atau ke kanan.

manusia aneh. manusia aneh. manusia aneh.
jangan disalahkan siapa-siapa jika timbul lumut-lumut didalam hati. sedangkan diri tidak dibersihkan dgn kata-kata suci setiap hari. pedulikan kata orang. siapa mereka untuk menilai indah ciptaan ini?
betul memang betul tidak sangkal lagi. segalanya berlaku pantas. leka. asyik. manis. indah. lakaran demi lakaran dihasilkan diatas kain putih. kain putih? ya! kain putih. semua dibekalkan kain putih.
bagaimana hendak pulangkan nanti terpulang kepada kita. nak melukis lakaran indah atau cakar ayam?
enak aku berbicara. hentam sana-sini. jangan leka. jangan mudah rasa lega. kerana disekeliling sentiasa ada yang menilai. yg jelas dilihat atau yg tak dapat dilihat. gunakan rasa hati.
hati. berbalik pada hati. hati lebih mengerti.
bersihkan ia dengan zikrullah. insyaAllah.
'kun fa ya kun'
duduk. melutut. tadah. luahkan. sampaikan. berkasihlah. bermersalah. mengadulah. menangislah. meraunglah. merataplah.
ia mendengar luahan itu.
ya memang DIA pendengar yang baik. ikhlas. hati tersenyum lega selepas bertemu. berdua-duaan. meluahkan rasa. tersenyumlah kita selamanya jika dekat dengan DIA.

insyaAllah...

#wisma mbsa 2.06pm