Assalamualaikum..
Salam jumaat semua. okay hari aku smngat dari pagi dok ketaq pala nk buat natang ni dah. sggup korbankn waktu lenaku yg nyenyakkkk. huhu. okay xmau ckp pnjang2 penat. jom tgok resepi cries kena try. sedap terok mkn sejuk2 aummmm.
Bahan-bahan :
meringue(lapisan bawah)
4 biji telor (amek putih sajaa)
1/2 cwn gula icing/halus
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecik cuka
1 sudu besar tepong jagung
kertas minyak
topping
250ml whipping cream (satu kotak kecik 2 la)
1 sudu kecik esen vanilla
1 sudu kecik gula icing(xmsukan pon xpa sbb meringue 2 dh manis nnti)
buah-buahan (strwberi,kiwi,blueberry,anggur ekot suka la)
Cara-cara :
1) putar putih telor smpai kmbang putih. then masukan gula esen vanilla cuka dan tepung jagung.
2) putar lagi smpai adunan betul2 ringan kembang. lau terbalikanpon xtumpah.
3) amek kertas minyak lapit atas bekas then tuang adunan atas kertas minyak ratakan dan bentukan ekot kehendak.
4) panaskan oven 150c terlebih dahulu dalam 5minit. kemudian masukan meringue tadi bakar selama 1jam. bila dh masukan meringue lebih kurang 15 minit turunkn suhu jadi 140c.
5) dah kekuningan 2 kira masakla. ketepikan sebentar. (baik2 dia mudah retak so hati2 masa nk agkat dari kertas minyak)
topping
1) putar whipping cream smpai putih kmbang ckit. pas2 masukan gula dan esen vanilla.
2) dh jadi creamnya simpan dlm peti aih dlm 30minit. baru deco atas lapisan bawah tadi. then letak la buah-buahan mengikut kreativiti...
SELAMAT MENCUBA :)
Friday, April 27, 2012
Resepi Pavlova :)
Posted by WANY SALLEH at 6:15 PM 0 comments
Tuesday, April 24, 2012
Resepi Blueberry Cheese Cake :)
Assalamualaikum,
hello blogger :) malam ni cik wany nk bg sekeping resepi. ni resepi yang telah distudy dan diolah sedikit sebayak oleh aku. hewhew. dakkk aku ciwi sat tgok lain dah blog lani. npk sgt lama xupdate. haha. okay aku cuba buat cheese kek ni sbb aku trgin+trsa mcm rajin ckit. meh nk bg resepi mehh mudah sajaaaa seperti biasa.. ok jom!
Bahan-Bahan:
250g cream cheese
plain yogurt dutch lady (2 bekas kecik 2)
3 biji telor (A saiz)
1 sudu besar esen vanilla
75g gula kastor @ 1/2 cawan
biskut meri (dalam 1pek 2 ada 3line kn aku guna 2line blnder kering smpai hncur)
1/2 buttercup yg 250g
blueberry filling
Cara-cara:
1) blender biskut meri smpai hncur. gaul gn butter yg dh cair smpai boleh kepal.
2) dalam loyang lapit gn kertas minyak utk mudah nk keluarkan nanti. kemudian tekan adunan biskut tadi rapat2 dlm loyang. simpan dalam peti ais dan biarkan.
3) sementara itu putar cream cheese dgn gula dgn kelajuan tggi sehingga kembang+putih gebu.
4) kemudian masukan telur 1 demi 1. masukan plain yogurt dan esen vanilla.
5) keluarkan biskut yg dari peti ais dan kemudian tuang adunan td kedalam loyang. letakkan filling blueberry mengikut kreativiti masing2.
6) dgn mggunakan kaedah waterbath (masukan loyang berisi adunan cheese kek kedalam loyang yang lagi besar dari loyang cheese kek 2 masukan air kedalam loyang yang bawah. so jadi 2 lapis la bekasnya bekas bawah letak air panas)
7) kemudian,bakar dgn suhu 170c selama 45minit. kemudian biar sekejap kek didalam oven slama 20minit sebelum keluarkannya utk betul2 masak. then masukn dlm peti ais bia betul2 sejuk baru ngapppppp!
SELAMAT MENCUBA :)
TEKNIK WATER BATH MCM NI LA AKU PINJAM GMBAQ SAPA TAH NK TNJUK BG PAHAM :)
Posted by WANY SALLEH at 11:52 PM 0 comments
Wednesday, March 14, 2012
Resepi Apam Nasi
Assalamualaikum..
hi semua. mlm ni cik wany nk bg resepi apam yg dpt dari cik fyza ni. say thanx to her :) apam ni sedap. sbb 2 aku beria nk try buat. n Alhamdulillah jadi. okay mai nak ajaq ckit.. sharing is caring :)
Bahan-bahan :
2 cwn tepung gandum
2 cwn tpung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 cawan nasi
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis
pewarna ekot suka
Cara-cara :
1) ayak tepung gandum n tepung beras
2) didalam bekas yg besar satukan tepung tepung gandum tepung beras dan yis. gaul sebati ketepi kan.
3) blender nasi bersama air sehingga betul2 hancur. kemudian masukan gula dan blender lagi sehingga hancur dan sebati.
4) tuang bahan blender kedalam tepung tadi gaul sebati dan bahagikan warna. perap selama 1jam.
5) panaskan periuk kukus. sapukan sedikit minyak pada acuan dan masukan adunan dlm acaun. kukus selama 15 mnit. siapppp..
SELAMAT MENCUBA :) 
Posted by WANY SALLEH at 12:28 AM 0 comments
Saturday, February 25, 2012
Resepi Ikan Celup Tepung :)
Assalamualaikum..
haaa ni aku nk bg resepi cmna nk buat tepung ikan ni. rapoh orang utaqa kata orang kl kata rangup... aku suka. sbb kadang2 buat tepung jadi lembik pas ja kt ikan 2 xsedap. ni sedap. serius xmuhong. cari ikan lemak2 celup makan hangat2 cicah cili sos lak kn. perhhh. mkn gn nasi pun boleh kot kata jemu asyik makan ikan goreng buh kunyit ja. tukaq selera pulak kan. suami bertambah sayang. auw! hehe ok nah resepi.
Bahan-bahan :
Ikan kembong or ikan apa yg suka
1 cawan tepung beras
1 sk garam
1 sk kunyit
1 sk air kapur
1 biji telor
air secukupnya
Cara-cara :
1) campur suma bahan kat atas kecuali air gaul sebati sambil masukan air sedikit demi sedikit.
2) kacau agak sebati mcm kita buat tepung nk goreng pisang la kepekatan dia.
3) celup ikan masuk dlm minyak panas. greng sampai kekuningan. makannnnn
SELAMAT MENCUBA :)
Posted by WANY SALLEH at 12:41 AM 0 comments
Friday, February 17, 2012
Resepi Piza cikwany :)
Assalamualaikum,
okay ni nk bg resepi piza. bukan aku baqu buat mlm ni tp lama dah.. tp baqu nk boh sbb kwn aku Aryam Ramsey buat kalot konon2 nk buat. ang xbuat siap ayam! tp piza ni aku pon suka berkali2 dh buat senang n sedap. bg akula.. hampa try dulu pas2 habaq sedap ka dak ok nah resepi dia..
Bahan-bahan:
Doh
1) 2 cwn tepung gandum
2) 2 sk yis (aku guna hat jenama bunga raya)
3) 1/2 sk garam
4) 1 sk gula
5) 2 sb minyak
6) 1/2 cwn air suam
topping
1) 1 tin kecik tomato puri
2) 7 sudu besar sos cili
3) 1 biji bawang besar (potong dadu)
4) mozarella cheese (cari kat kedai kek ada. aku beli yg ketoi balik parut n taboq. ada jual yg ciap hancurkan dah nk mudah)
5) 5 cili besar (buang biji potong dadu. nk guna capsicum lagi sedap)
6) hotdog (suka hati nk byk mana)
Cara-cara :
Doh
1) masukan tepung,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk gaul rata. masukan air suam sikit demi sedikit uli sampai jadi doh.
2) perap doh selama 30minit. kemudian amek tudung periuk ka apa2 tin yg buleh masuk dlm oven. jgn guna loyang kek nnti doh naik ke atas tebai mcm roti.
2) sapu minyak sikit dkt atas bekas nk bubuh dok td. kemudian leperkan doh sehingga betoi2 nipis. sbb lau tebal xberapa best. tp terpulang la..
3)cucuk2 doh gn garpu semua tmpat.
Topping
1) campur tomato puri gan sos cili gaul sebati.
2) sapukan campuran tadi atas doh tadi. terpulang byk mana nk. kemudia tabur kan hotdog,bawang dan cili. akhir skli tabur cheese. lagi byk lagi sedap.
3) bakar piza dlm oven dgn suhu 190c selama 20minit. (usya2la agak2 masak). makannnn..
SELAMAT MENCUBA :)
Posted by WANY SALLEH at 11:44 PM 0 comments





